^changes^

berubah mengikut putaran masa

berubah mengikut keadaan semasa

berubah ketika diri sudah penat untuk berpura-pura

berubah ketika diri menjadi lebih dewasa

berubah ketika diri diuji dengan nikmat-Nya

adakalanya ke arah kebaikan atau sebaliknya

bila niat untuk menjadi lebih baik, istiqamah walaupun susah untuk mengekalkannya

jika sebaliknya, maka jauhilah segala kemungkaran,

 #whenpipiesays

Advertisements

^stranger^

kau buat-buat tak kenal aku

aku pun buat-buat tak kenal kau

kau buat hal kau

aku buat hal aku

kita sama-sama jadi orang asing

dunia sekarang ramai seperti ini

tidak menegur dan tidak mahu ditegur

zaman kanak-kanak boleh bertegur dan main bersama

zaman dewasa masing-masing sudah lupa

janganlah kita anggap seperti orang asing

tidak tegur tak mengapa, tapi berikanlah senyum seikhlas hati

whenpipiesays

 

 

 

 

 

^me^

perwatakannya agak kasar tapi hatinya lembut

permikirannya mengikut keadaan

adakalanya dia matang, adakalanya dia kebudak-budakkan

perilakunya dianggap baik walaupun kadang kala dia melawan arus

ada yang anggap dia sukar untuk memahami dan ada yang anggap dia mudah untuk mengerti

ramai yang cuba dekat tapi sukar untuk menambat

ramai yang tertambat tapi susah untuk terpikat

sukar membaca isi hati walaupun terlalu lama mengenal

 whenpipiesays

^sister.brother^

mereka adalah contoh terdekat untuk adik-adik

kalau bergaduh merekalah perlu beralah

kalau mak dengan ayah tak ada di rumah

merekalah yang akan jaga adik-adik

kalau adik-adik ada masalah

mereka akan mendengarnya dahulu sebelum mak ayah

hanya segelintir tidak dapat merasa kehadiran mereka

hargai dan hormati mereka…

whenpipiesays

^like^

suka tak semestinya cinta

suka juga tak semestinya sayang

bila dah suka, ke lautan api pun sanggup berenang

bila dah suka, semua yang dilihat cantik di mata

tapi

bila dah benci, semuanya tidak seindah dulu

bila dah benci, apa yang dilakukan semua tidak dipeduli

biar suka berpada-pada, jangan benci lama-lama

whenpipiesays

^girl.woman.lady^

Image result for woman quotes

perempuan ialah seorang yang sopan dari segi pertuturan serta tingkah laku

perempuan juga dikatakan lembut bila mana hatinya mudah disentuh

perempuan adalah seorang yang tabah dan cekal mengharungi segala perit jerihnya

tanpa perempuan, lelaki tidak mampu untuk berdiri

kerana mereka mampu memberikan semangat dan dorongan kepada lelaki

whenpipiesays

 

^siblings^

bila berkumpul akan ada pendebatan serta pergaduhan

bila berjauhan akan timbul rasa rindu dan sayang

bila merajuk atau bermasam muka, akan mudah berbaik semula

bila tak suka, akan selalu terima baik buruknya

itulah adik beradik, bila mana air dicincang tidak akan pernah putus

whenpipiesays

Image result for siblings